Kerjaya kelab Álvaro_Pereira

Kerjaya awal

Pereira memulakan kerjayanya di Miramar Misiones pada tahun 2003. Beliau kemudian berpindah ke kelab Quilmes Atlético Club dua tahun kemudian. Selepas kelab itu turun dari Primera División ke Primera B Nacional pada penghujung musim 2006-07, beliau berpindah ke kelab Argentinos Juniors dengan menjadi penjaring gol terbanyak pasukan pada Apertura 2007.

Pada musim panas 2008, Pereira menandatangani kelab CFR Cluj dari Romania dengan bayaran 2.5 juta euro. Beliau bermain pada semua perlawanan CFR Cluj di kempen Liga Juara-Juara.

Porto

Pereira berpindah ke FC Porto pada 4 Jun 2009 dengan bayaran 4.5 juta euro. Pada tahun pertamanya, pasukannya telah memenangi piala domestik. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Porto pada 21 Februari 2010 ketika menang besar 5-1 ke atas SC Braga.

In Pereira's second season at the Estádio do Dragão, he featured in 21 Primeira Liga games (all starts), adding 12 UEFA Europa League appearances as Porto won the treble. He also started in the campaign's Portuguese Cup final against Vitória de Guimarães on 22 May 2011, scoring an own goal in the 21st minute to bring the sides level, in an eventual 6–2 triumph.[1]

Selepas Porto menolak tawaran kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea untuk menggunakan khidmat Pereira, beliau menandatangani kontrak baru pada 3 Oktober 2011 sehingga 2016 dengan bayaran 25.7 juta paun sterling.

Inter

Pereira menandatangani kelab Inter Milan pada lewat Ogos 2012 dengan bayaran sebanyak 10 juta euro. Beliau membuat debut di Serie A pada 2 September ketika tewas 3-1 kepada AS Roma dan menghabiskan musim pertamanya bersama Inter dengan 40 penampilan dan menjaringkan satu gol ketika menang 2-0 ke atas AC Chievo Verona.

São Paulo

Pada 17 Januari 2014, São Paulo FC menandatangani Pereira secara pinjaman selama setahun setengah dengan bayaran sebanyak 1 juta euro setahun. Beliau membuat debut sembilan hari kemudian ketika menang 2-1 ke atas Oeste Futebol Clube. Beliau membuat hantaran kepada Antônio Carlos untuk menjaringkan gol kedua.